Ordinan dadah: Syor hukuman bunuh - Utusan Malaysia

Ordinan dadah: Syor hukuman bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 April 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan satu pindaan ke atas Ordinan Dadah Berbahaya 1952 untuk membolehkan hukuman yang lebih berat termasuk hukuman bunuh atau penjara terhadap sesiapa yang didapati bersalah memperdagangkan dadah bahaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pindaan itu juga bertujuan untuk mengadakan satu peruntukan khas untuk mewajibkan penagih-penagih dadah mendapatkan rawatan khas.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 April 1975 – Gabenor Pulau Pinang, Tan Sri Sardon Jubir mengumumkan penubuhan sebuah konsortium pengangkutan negeri bagi mengatasi kesesakan lalulintas yang semakin bertambah di negeri ini.
  • 8 April 1977 – Penyanyi baru meningkat naik, Sharifah Mona terpaksa mengelilingi seluruh Negeri Johor bagi memenuhi permintaan peminat dengan mengadakan pertunjukan pentas rakyat di mana-mana sahaja.
  • 8 April 1978 – Sejumlah 50,000 risalah akan digugurkan dari udara di kawasan-kawasan keselamatan Rajang (RASCOM) bagi meminta orang ramai mengemukakan maklumat bagi membolehkan penawanan hidup atau mati pengganas komunis.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya