Negara Arab pandang tinggi usaha Malaysia - Utusan Malaysia

Negara Arab pandang tinggi usaha Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 April 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan negara-negara Arab dan Islam memandang tinggi terhadap usaha Malaysia mengenai kegiatan-kegiatan Islam yang dijalankan dalam pelbagai bidang.

Demikian kesimpulan yang dilontarkan oleh Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wan Abdul Kadir Ismail selepas menghadiri sidang Menteri-Menteri Luar Islam di Benghazi, Libya. Negara-negara Arab juga sangat menghargai usaha-usaha Malaysia dibidang ekonomi dan dasar luar yang dinamik.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 April 1972 – Ketua Pemerintah Revolusi Zanzibar, Presiden Sheikh Abeid Karume ditembak mati oleh beberapa orang penyerang ketika
    sedang berehat di pejabatnya.
  • 11 April 1973 – Jawatankuasa Persatuan Palang Merah Antarabangsa akan membuka pejabat wilayahnya di Kuala Lumpur yang akan menguruskan kegiatan persatuan tersebut meliputi Malaysia, Burma, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina.
  • 11 April 1974 – Kumpulan kugiran ala Hindustan ‘BAKMA BOYS‘ yang dianggotai oleh 12 orang ahli semakin mendapat sambutan hangat orang ramai di Daerah Muar dan Melaka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya