RIMV Selangor kerugian RM2.4 juta akibat ditipu - Utusan Malaysia

RIMV Selangor kerugian RM2.4 juta akibat ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Mac 1977, Utusan Malaysia melaporkan Pejabat Pendaftar dan Pemeriksa Kereta Motor (RIMV) Selangor sedang berusaha mendapatkan kembali kehilangan wang yang dialaminya akibat pembayaran cek palsu daripada orang ramai yang dipercayai berjumlah RM2.4 juta dalam tempoh 12 bulan lalu.

Kerugian tersebut dibuat berdasarkan kepada kekurangan kira-kira RM200,000 sebulan daripada jumlah hasil pungutan bulanannya sebanyak RM10 juta akibat tertipu oleh cek-cek yang tidak laku itu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 Mac 1973 – Pemimpin-pemimpin New Zealand hari ini menyokong konsep ‘Berkecuali‘ Asia Tenggara yang dipelopori oleh Malaysia.
  • 20 Mac 1975 – Seorang pakar kimia kanan di Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan, Tan Sri Musa Mohamad, 31, telah dipinjamkan selama dua tahun sebagai pengarah pertama Pusat Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM).
  • 20 Mac 1977Presiden Republik Rakyat Congo, Marien Ngouabi ditembak mati dalam satu rampasan kuasa di ibu pejabat tentera di Brazzaville.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya