Presiden Giri seru rakyat keturunan India taat setia kepada Malaysia - Utusan Malaysia

Presiden Giri seru rakyat keturunan India taat setia kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Mac 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Presiden Republik India, Shri V.V. Giri menyeru seluruh kaum India menumpukan sepenuh taat dan setia yang tidak berbelah bagi kepada negara Malaysia.

Mereka turut digesa bersama dengan kaum lain yang menjadi warganegara di negara ini agar sama-sama memainkan peranan penting ke arah menjayakan rancangan pembangunan kerajaan. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Getah, Sungai Buloh, Selangor.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 Mac 1971Rambut palsu buatan Malaysia akan mula dijual di United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan negara-negara
    Eropah tidak lama lagi.
  • 8 Mac 1973 – Kerajaan bakal melancarkan satu projek besar-besaran untuk memperbaiki sistem pembuangan sampah-sarap dan najis
    di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur tidak lama lagi.
  • 8 Mac 1974 – Bekas juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali telah menandatangani satu kontrak untuk berlakon dalam sebuah filem
    yang mengisahkan riwayat hidupnya sendiri.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya