Pengeluaran minyak negara dikawal - Utusan Malaysia

Pengeluaran minyak negara dikawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Mac 1980, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan telah menetapkan satu dasar yang secara khusus akan mengawal pengeluaran minyak dari telaga-telaga yang terdapat di seluruh negara.

Dasar ini adalah untuk memastikan sumber minyak mentah negara tidak kehabisan dalam masa yang singkat. Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Abdullah Salleh berkata, langkah ini diambil atas kesedaran perlunya perancangan yang teliti serta penggunaan secara bijak minyak mentah yang dikeluarkan oleh negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 Mac 1973 – Polis melancarkan gerakan besar-besaran yang digelar ‘Operasi Kupu-Kupu Malam‘ dan berjaya menangkap seramai 63 orang wanita di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur.
  • 4 Mac 1974 – Harga tosai, idli dan vadal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor naik lima sen kepada harga baru 20 sen, idli dan vadal pula 15 sen setiap satu.
  • 4 Mac 1977 – Dua orang kelasi kapal kargo ‘Bunga Melur‘ kepunyaan Malaysia ditahan tiga hari di mahkamah majistret di Cardiff atas tuduhan membawa masuk secara haram satu setengah paun kanabis.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.