Kastam berjaya lumpuhkan sindiket seludup antarabangsa - Utusan Malaysia

Kastam berjaya lumpuhkan sindiket seludup antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Mac 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pihak Kastam Malaysia berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan antarabangsa yang bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu yang mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian jutaan ringgit dari cukai yang dilarikan.

Sindiket yang dipercayai beroperasi di Kuala Lumpur itu mempunyai cawangan di beberapa buah negara jiran untuk mengendalikan barang-barang penyeludupan mereka yang dibawa dari China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Mac 1974 – Beribu-ribu orang peminat bola sepak di Honduras yang marah dan tidak berpuas hati dengan pengadil telah bertindak membakar Stadium Jeneral Francisco Morazan hingga hangus.
  • 19 Mac 1975Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) diberi sanjungan tinggi atas usahanya membantu peniaga dan penjaja kecil Melayu mendapatkan ruang kedai untuk perniagaan mereka.
  • 19 Mac 1977Lembaga Perpaduan Negara akan membuka 500 lagi kelas perpaduan rakyat menjadikannya 3,500 buah kelas di seluruh negara menjelang tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.