Jawatan kadi setaraf majistret - Utusan Malaysia

Jawatan kadi setaraf majistret

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Mac 1983, Utusan Malaysia melaporkan jawatan kadi serta Mahkamah Syariah akan ditingkatkan seimbang dengan jawatan majistret dan Mahkamah Sivil dari segi pentadbiran, kedudukan dan perkhidmatan mereka, kata Tun Musa Hitam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan taraf kadi-kadi dan Mahkamah Syariah itu telah mendapat persetujuan Perdana Menteri. Kenaikan itu juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan prestasi mereka sejajar dengan pembangunan negara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 Mac 1978 – Malaysia akan mengeluarkan setem kenang-kenangan bagi memperingati Hari Al-Aqsa pada 21 Ogos sebagai sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
  • 30 Mac 1979 – Semua pemandu dan penumpang di bahagian hadapan kereta termasuk teksi diwajibkan memakai tali pinggang keledar mulai 1 April ini.
  • 30 Mac 1980 – Jamal Nasir dan Bakri Ibni akan diturunkan menghadapi Jepun dalam perlawanan bola sepak pra-Olimpik di Stadium Merdeka bagi menjamin pasukan negara mengatasi halangan penting dan seterusnya ke peringkat akhir.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.