Akhbar-akhbar Pakistan anggap Mahathir pemimpin berkaliber - Utusan Malaysia

Akhbar-akhbar Pakistan anggap Mahathir pemimpin berkaliber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Mac 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan beberapa akhbar nasional berbahasa Inggeris dan Urdu menganggap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang dinamik dan berkaliber.

Akhbar-akhbar tempatan Pakistan itu juga turut menyebut tentang kejayaan yang diperolehi oleh gabungan Parti Barisan Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum tahun 1982 lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 22 Mac 1978 – Kerajaan telah menandatangani dua kontrak bernilai RM6.4 juta untuk melaksanakan projek meninggikan empangan di Kolam Klang Gate serta kerja-kerja mendalamkan dan memperbesarkan Sungai Batu.
  • 22 Mac 1980 – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati menganggotai Pertubuhan Angkatan Sabilullah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Ahmad Shahabuddin.
  • 22 Mac 1982 – Perkampungan setinggan Kampung Wira Jaya di Hulu Kelang menjadi contoh kepada rumah-rumah setinggan lain di Wilayah Persekutuan kerana berada dalam keadaan terurus dan tersusun rapi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.