Malaysia dan Turki catat sejarah baru - Utusan Malaysia

Malaysia dan Turki catat sejarah baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Februari 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Hussein Onn ke Turki mulai 11 Februari ini akan menjadi satu catatan sejarah baru dalam usaha memupuk hubungan negara itu dengan Malaysia.

Setiausaha Pertama Kedutaan Turki di Malaysia, Turkekul Kurttekin berkata, “Ini adalah kerana beliau merupakan seorang pemimpin Malaysia yang pertama melawat secara rasmi ke negara kami“.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 Februari 1971 – Kerajaan Negeri Sembilan akan memindahkan pekan Rompin di Bahau ke tempat yang lebih tinggi supaya tidak lagi tenggelam semasa banjir.
  • 8 Februari 1972 – Sebuah bangunan khas akan dibina di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk kegunaan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • 8 Februari 1973 – Seramai 18 orang belia dari Kanada dan ahli Gerakan Belia 4B di Kulim, Kedah menyertai projek membersihkan kawasan seluas 40 ekar di Kilang Lama untuk projek tanaman kacang tanah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya