Kemarau di Kedah semakin genting - Utusan Malaysia

Kemarau di Kedah semakin genting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Februari 1979, Utusan Malaysia melaporkan kemarau yang melanda bahagian utara negara ketika ini mengakibatkan lebih 400,000 penduduk di hampir 50 buah kampung dalam beberapa daerah di Kedah menghadapi masalah air untuk kegunaan harian.

Daripada jumlah tersebut, hampir 250,000 orang yang terlibat ialah penduduk di 30 buah kampung dalam kawasan Kedah Tengah manakala sekitar 165,000 orang lagi di 18 buah kampung dalam Daerah Pendang, Padang Terap, Kota Setar dan Baling.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Februari 1979 – Kerajaan Negeri Perlis kini mula mengambil langkah tegas tidak akan membenarkan lagi sebarang permohonan untuk mengubah syarat tanah pertanian kepada tapak perumahan di negeri ini.
  • 5 Februari 1980Sistem kawalan lalu lintas komputer di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada akhir Mac dan awal April ini.
  • 5 Februari 1982Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) akan mengeluarkan bonus berjumlah kira-kira RM13.58 juta kepada para penyimpannya untuk tahun 1981.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya