Masalah Melayu bandar perlu diberi perhatian - Utusan Malaysia

Masalah Melayu bandar perlu diberi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Januari 1980, Utusan Malaysia melaporkan masalah orang Melayu yang tinggal di bandar mesti diberi perhatian kerana ia mempunyai erti yang besar kepada kemajuan atau kemunduran orang Melayu pada masa hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, penghijrahan orang Melayu ke bandar-bandar menjadi gambaran kepada kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menurutnya, orang Melayu perlu berpindah ke bandar supaya mempunyai pandangan yang jauh dan berlainan daripada apa yang mereka dapati di kampung-kampung.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Januari 1977 – Lapan orang termasuk dua wanita meninggal dunia di Hospital Besar Seremban kerana dipercayai meminum samsu haram yang mengandungi racun.
  • 27 Januari 1978 – Sebanyak 269 buah filem, termasuk 127 buah filem untuk tayangan di televisyen telah diharamkan untuk tontonan umum sepanjang tahun 1976 menurut Pengerusi Lembaga Penapis Filem Malaysia, Hassan Mohamad Noh.
  • 27 Januari 1983Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendakwa masih terdapat banyak lagi barang makanan yang mengandungi gelatin yang haram di sisi agama Islam dan masih belum dikesan oleh Jawatankuasa Halal Haram Jabatan Perdana Menteri.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.