Gerakan besar-besaran Malaysia-Thai buru komunis - Utusan Malaysia

Gerakan besar-besaran Malaysia-Thai buru komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 Januari 1977, Utusan Malaysia melaporkan pasukan bersenjata Thailand dan Malaysia merancang gerakan bersama secara besar-besaran menentang pengganas komunis di selatan Thai hari ini.

Pasukan meriam dan kapal terbang Thai sudah mula mengepung kawasan sekitar lereng pergunungan di mana beratus-ratus gerila itu dipercayai bersembunyi. Mereka difahamkan telah berpecah dalam kumpulan kecil dan pasukan bersenjata Malaysia-Thai akan bekerjasama mengepung mereka.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 13 Januari 1972Persatuan Penderma-Penderma Darah Negeri Perak hari ini membuat rayuan khas kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri supaya mendermakan darah ke Tabung Darah Hospital Besar, Ipoh.
  • 13 Januari 1973Lembaga Letrik Negara (LLN) akan menubuhkan sebuah pusat latihan bagi melatih lebih ramai pegawai LLN ke arah menjamin mutu perkhidmatan mereka yang lebih cekap dan berkesan.
  • 13 Januari 1975Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) akan mengkaji kemungkinan menghasilkan kertas daripada ranting-ranting dan batang kayu getah, kata pengarahnya, Tan Sri Ani Arope hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya