Rang Undang-Undang Bank Islam 1982 diluluskan - Utusan Malaysia

Rang Undang-Undang Bank Islam 1982 diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Disember 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan rang undang-undang bagi penubuhan Bank Islam yang disifatkan oleh kerajaan sebagai titik permulaan bagi penubuhan sistem kewangan negara mengikut hukum syarak di masa hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Bank Islam 1982 itu menegaskan penubuhannya akan dapat menyumbang pengaruh kepada cabang ekonomi lain mengikut lunas-lunas Islam.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 Disember 1977 – Kerajaan Negeri Johor akan membina sebuah batu peringatan dan papan tanda yang mengandungi nama-nama mereka yang terkorban dalam nahas kapal terbang MAS MH653 Boeing 737 di tanah perkuburan khas Jalan Kebun Teh.
  • 9 Disember 1983 – Kerajaan Negeri Melaka merancang untuk membina ‘istana’ Sultan Melaka di satu kawasan berhampiran Bukit St. Paul
    dengan kos kira-kira RM1.5 juta.
  • 9 Disember 1984RTM dan Filem Negara akan digabungkan mulai tahun hadapan supaya tenaga kedua-duanya dapat digemblengkan ke arah pencapaian aspirasi negara, menurut Menteri Penerangan, Tan Sri Rais Yatim.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya