Presiden Afghanistan jalani hukuman bunuh - Utusan Malaysia

Presiden Afghanistan jalani hukuman bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Disember 1979, Utusan Malaysia melaporkan Presiden Hafizullah Amin yang digulingkan dalam satu rampasan kuasa yang melibatkan pertumpahan darah menjalani hukuman bunuh hari ini.

Beliau yang berkuasa sejak rampasan kuasa pada bulan September lalu menjalani hukuman itu setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Revolusi kerana melakukan jenayah terhadap rakyat Afghanistan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 Disember 1977 – Pasukan keselamatan masih meneruskan operasi untuk memburu sekumpulan penjenayah bersenjata yang melarikan diri setelah menyerang dan menembak Balai Polis Padang Sanai, Kedah.
  • 29 Disember 1979 – Sebuah syarikat pengusaha alat-alat pelapik dinding, Nylex Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor akan mula mengeksport barang keluarannya ke Sri Lanka tidak lama lagi.
  • 29 Disember 1982 – Keretapi Tanah Melayu (KTM) mengharamkan penjualan minuman botol di atas kereta api untuk mengelak kejadian buruk kepada penduduk yang tinggal berdekatan landasan susulan kejadian lempar batu yang mengancam keselamatan penumpang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya