Polis rampas heroin 21 kg di Lapangan Terbang Subang - Utusan Malaysia

Polis rampas heroin 21 kg di Lapangan Terbang Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Disember 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Polis Bukit Aman mencapai satu lagi kejayaan besar setelah memberkas lima orang yang dipercayai anggota kumpulan pengedar dadah antarabangsa dan merampas 21.7 kilogram heroin tulen yang boleh membawa maut kepada lebih 1.7 juta penagih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Subang malam tadi.

Tiga daripada lima orang yang diberkas itu berasal dari Pulau Pinang, manakala dua lagi ialah pasangan suami isteri yang merupakan warganegara Singapura.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 Disember 1977 – Institut Urologi, Hospital Besar Kuala Lumpur mengulangi kejayaan melakukan pemindahan buah pinggang kepada dua orang pesakit dalam tempoh empat bulan lalu.
  • 24 Disember 1983 – Seekor burung merpati dipercayai berasal dari Hong Kong berdasarkan tanda yang tertulis “Kowloon” berjaya ditangkap di Kuala Terengganu.
  • 24 Disember 1984 – Menteri Luar Islam telah menamatkan persidangan ke-15 mereka malam tadi dengan meluluskan satu ketetapan mengenai cara menamatkan peperangan Teluk Parsi yang telah dipersetujui oleh Iran dan Iraq.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya