Pembentukan kerajaan campuran Perikatan-PAS - Utusan Malaysia

Pembentukan kerajaan campuran Perikatan-PAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Disember 1972, Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak yakin ‘front nasional‘ parti-parti politik yang sedang diusahakan sekarang akan menjadi kenyataan dalam masa yang singkat dengan adanya persetujuan menubuhkan kerajaan campuran Perikatan-Pas.

Perdana Menteri berkata, penubuhan front itu yang bertujuan bekerjasama bagi menubuhkan sebuah negara Malaysia yang kuat dan bersatu padu sedang berada di ambang pintu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 Disember 1979 – Pertubuhan Perkhidmatan Masyarakat Malaysia (MCSO) menggesa kerajaan supaya membolehkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyertai perusahaan perumahan.
  • 10 Disember 1982 – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan rakyat Malaysia patut mencontohi sikap mencipta seperti yang ada pada masyarakat tani Thailand.
  • 10 Disember 1983 – Lembaga Letrik Negara (LLN) telah siap melaksanakan projek pertama tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik di Kampung Teluk Apau, Langkawi, Kedah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya