MB Kedah menang undi tidak percaya - Utusan Malaysia

MB Kedah menang undi tidak percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Disember 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Syed Ahmad Shahabuddin yang dikemukakan oleh Pas telah dikalahkan dengan undi terbanyak di Dewan Undangan Negeri setelah perbahasan selama dua jam setengah.

Kesemua 14 anggota Barisan Nasional tidak termasuk Speaker menentang usul itu, manakala kesemua 9 anggota Pas menyokong. Usul itu dibawa oleh Mohamed Ramli Abdullah (Pas Kupang) dan disokong oleh Harun Jusoh (Pas-Sik).

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 22 Disember 1972 – Menteri Perhubungan, Tan Sri Sardon Jubir memperkenalkan setem lapan segi merah sebagai lambang perkhidmatan pos semasa merasmikan Pejabat Pos Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
  • 22 Disember 1979 – Sebuah muzium baru, ‘Muzium Arkeologi Lembah Bujang‘, Merbok, Kedah akan dibuka dengan rasmi oleh Sultan Kedah pada 24 Januari tahun hadapan.
  • 22 Disember 1982Bank Dunia telah meluluskan satu pinjaman sebanyak 56.9 juta Dollar kepada Malaysia untuk tujuan meningkatkan penanaman getah di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya