Lebuh Raya Kuala Lipis-Gua Musang, tiga negeri terlibat - Utusan Malaysia

Lebuh Raya Kuala Lipis-Gua Musang, tiga negeri terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Disember 1977, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Wan Mokhtar Ahmad berkata, lebuh raya yang menghubungkan Gua Musang-Kuala Lipis akan juga melibatkan pekan Kuala Berang di Hulu Terengganu.

Menurut beliau, Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah sendiri telah memberi pengakuan bahawa projek itu apabila siap kelak akan bersambung antara ketiga-tiga buah pekan di Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 5 Disember 1972 – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri C.M. Yusoff menegur Menteri Tugas-Tugas Khas, Tun Dr. Lim Kheng Yaik kerana
    meminta izin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika soal jawab di Dewan Rakyat.
  • 5 Disember 1979 – Dewan Undangan Negeri Kelantan mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah bersetuju mengadakan usahasama dengan
    Kerajaan Negeri Kelantan dalam melabur modal dan pelaksanaan rancangan pembangunan.
  • 5 Disember 1984 – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) akan meluaskan pancaran siaran perkhidmatan TV3 ke Johor, Melaka, Kuantan
    dan Ipoh mulai Jun tahun depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.