Kuala Lumpur diserang 'syphilis' - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur diserang ‘syphilis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Disember 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan melancarkan kempen ‘anti-VD’ secara besar-besaran di seluruh negara tidak lama lagi bagi menyelamatkan berpuluh-puluh ribu orang yang dihinggapi penyakit perempuan (Venereal Diseases) setiap tahun.

Penyakit ini meliputi berbagai jenis, tetapi yang paling banyak berlaku di negara ini ialah syphilis dan gonorrhoea yang cukup merbahaya kepada manusia. Dilaporkan bahawa di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja sekurang-kurangnya 18,000 orang telah dijangkiti penyakit VD.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Disember 1977 – Berjuta-juta peminat Charlie Chaplin berkabung atas kematian tokoh layar perak tersebut yang pernah menghiburkan mereka dengan lakonannya yang melucukan.
  • 27 Disember 1979 – Kerajaan hari ini disyorkan supaya menggubal undang-undang bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Bahasa Malaysia.
  • 27 Disember 1982 – Para pegawai Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang baru menjalani kursus teknikal selama tiga bulan di Jepun kagum dengan sistem kerja yang teratur serta sikap bertanggungjawab para pekerjanya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya