'Kompleks PERTAMA' bernilai 11 juta dibina di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

‘Kompleks PERTAMA’ bernilai 11 juta dibina di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Disember 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) akan mendirikan sebuah bangunan berharga lebih RM11 juta secara usaha bersama dengan sebuah syarikat swasta di Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula awal tahun depan.

Bangunan yang akan diberi nama ‘Kompleks PERTAMA‘ itu akan menjadi bangunan yang tertinggi sekali di kawasan tersebut. Kompleks PERTAMA itu akan terletak di hadapan Panggung Odeon, di antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 28 Disember 1972 – Seorang cerpenis dan nobelis, Azizi Haji Abdullah, 28 tahun telah menjadi “juara pembohong” dalam satu peraduan cerita-cerita pembohong yang diadakan di Kebun Bunga, Pulau Pinang.
  • 28 Disember 1977 – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melancarkan tiga skim baru iaitu rancangan bayaran sakit, bayaran bersalin dan rancangan persaraan tidak lama lagi.
  • 28 Disember 1979 – Bekas penjaga gol Terengganu, Kong Yip Peng akan tampil semula sebagai pemain untuk pasukan negeri ini dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya