Akta dadah dikaji semula - Utusan Malaysia

Akta dadah dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Disember 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan sedang mengkaji semula Akta Penyalahgunaan Dadah supaya setiap pengedar yang didapati bersamanya setengah paun dadah boleh dikenakan hukuman mati.

Timbalan Menteri Undang-Undang, Tan Sri Rais Yatim berkata, langkah tersebut adalah perlu supaya ia benar-benar memberi kesan kepada setiap pengedar dadah di negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Disember 1972 – Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menamakan pancutan air di Bulatan Wan Jah di sini sebagai “Pancutan Air Mahkota“,
    kata Menteri Besar, Datuk Syed Ahmad Shahabuddin.
  • 15 Disember 1977 – Setiausaha Parlimen Kementerian Pertahanan, Datuk Jalal Abu Bakar menyarankan supaya masa pengajaran Bahasa
    Malaysia di sekolah-sekolah di negara ini ditambah terutamanya di sekolah jenis kebangsaan.
  • 15 Disember 1979 – Pengarah dan penulis skrip dari Sabah Filem, Omar Rojik akan mengarahkan filem keduanya berjudul “Si Luncai” yang
    akan menggabungkan sepuluh orang pelawak terkenal tanah air yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.