Subjek agama dan ketenteraan diwajibkan di ITM - Utusan Malaysia

Subjek agama dan ketenteraan diwajibkan di ITM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Institut Teknologi MARA mungkin akan mewajibkan pengajian agama dan latihan ketenteraan tahun hadapan sebagai langkah tegas untuk mencegah anasir-anasir kebudayaan yang tidak diingini dari mempengaruhi pelajar- pelajar institusi itu.

Pengarahnya, Tun Arshad Ayub sewaktu mengumumkannya berkata, satu kertas kerja mengenai perkara itu akan dikemukakan kepada Majlis Pentadbir tidak lama lagi.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 November 1973 – Akhbar-akhbar Jakarta hari ini menyeru Indonesia, Malaysia dan Singapura bertindak bersama ke atas perbuatan kapal perang Amerika Syarikat yang berlayar melalui Selat Melaka yang dianggap mencabuli kedaulatan perairan negara-negara ini.
  • 3 November 1974 – Perkenalan yang tidak dijangka antara pelakon Mahmud Jun dan Cik Marhan Abdul Ghani di satu pestaria di Kuala Selangor telah membawa mereka ke jenjang pelamin
  • 3 November 1977 – Perkhidmatan penerbangan kapal terbang Concorde antara Singapura dan London akan bermula pada 9 Disember depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya