Polis diminta isytihar harta - Utusan Malaysia

Polis diminta isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 November 1974, Utusan Malaysia melaporkan anggota polis di semua peringkat dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing, kata Ketua Polis Negara, Tun Mohd. Haniff Omar.

Menurut beliau, para pegawai daripada pangkat Penolong Pesuruhjaya Kanan ke atas diberi tempoh tiga bulan untuk mengisytiharkan harta mereka mulai 15 November lalu manakala pegawai dan anggota-anggota lain dikehendaki berbuat demikian secara beransur-ansur.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 November 1971 – Kerajaan melonggarkan syarat-syarat untuk membolehkan jururawat Malaysia di luar negara pulang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap kerajaan.
  • 26 November 1972 – Bahagian Pencegahan Kastam merampas sebanyak 400 paun candu mentah yang berharga kira-kira RM50,000 dalam satu serbuan di Jalan Alor Setar-Sungai Petani malam tadi.
  • 26 November 1974 – Lebih 500 orang Melayu di Kepulauan Cocos di Lautan Hindi sekarang hidup seperti hamba abdi dan bekerja di ladang kelapa kering dengan diberi gaji “wang plastik“.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya