Malaysia cadang tubuh Tabung Barang Bersama - Utusan Malaysia

Malaysia cadang tubuh Tabung Barang Bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 November 1977 akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia berpendapat Tabung Barang-Barang Bersama yang dicadangkan digunakan bagi menyokong stok barangan antarabangsa, kata Menteri Perusahaan Utama, Tun Musa Hitam hari ini.

Tabung tersebut juga boleh bertindak sebagai penggerak untuk memudahkan penubuhan peraturan barangan antarabangsa.

Malaysia mengambil kira kepentingan negara-negara lain, terutama yang kurang maju untuk bersama negara-negara maju dan membangun dalam perdagangan barangan antarabangsa.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 November 1979 – Satu taktik baharu digelar ‘kepungan’ membantu pihak berkuasa keselamatan melumpuhkan kegiatan segerombolan pengganas komunis di kawasan hitam Pahang Barat.
  • 12 November 1982Cecair dan kulit nanas di Johor yang dulunya dianggap barang buangan sekarang menjadi bahan berharga bernilai jutaan ringgit berikutan permintaan tinggi untuk dijadikan makanan haiwan dan arak.
  • 12 November 1983Hanapiah Nasir terpaksa menarik diri daripada acara hari kedua dekathlon, lompat bergalah setelah mendapati ‘bung’ getah di hujung galahnya hilang pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Asia di Kuwait.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya