Filem 'Kabut Bulan Madu' dapat sambutan luar biasa - Utusan Malaysia

Filem ‘Kabut Bulan Madu’ dapat sambutan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 November 1972, Utusan Malaysia melaporkan Perusahaan Filem Malaysia (Perfima) menyatakan rasa puas hatinya mengenai sambutan orang ramai atas filem edarannya yang pertama ‘Kabut Bulan Madu‘.

Jurucakap Perfima, Tan Sri Jins Shamsuddin berkata: “Sambutan itu di luar dugaan, terutamanya sekali di Auditorium MAA’.

“Memandangkan kepada sambutan yang menggalakkan, tayangan filem ini akan diteruskan hingga beberapa hari lagi di auditorium itu yang mana mudah dikunjungi oleh orang ramai,” katanya.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 November 1971 – Sekurang-kurangnya 179 orang terbunuh dan 201 lagi cedera dalam keganasan pilihan raya di seluruh Filipina sejak kempen pilihan raya dimulakan empat bulan lalu.
  • 9 November 1973 – Bank Kerjasama Rakyat akan mendirikan sebuah kilang kertas berharga RM60 juta di Kuantan tahun hadapan.
  • 9 November 1984 – Malaysia dengan rasminya akan menjadi anggota ke-34 Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Islam esok dan upacara menandatangani keanggotaan tersebut akan dilakukan oleh Menteri Pelajaran, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya