MAS catat keuntungan hampir RM5 juta - Utusan Malaysia

MAS catat keuntungan hampir RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Oktober 1973, Utusan Malaysia melaporkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telah mendapat keuntungan bersih hampir RM5 juta sejak ia mula dilancarkan setahun yang lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohar Raja Badiozaman berkata, keuntungan itu merupakan satu kejayaan yang sungguh menggalakkan memandangkan sektor pengangkutan udara sedang menghadapi tekanan ekonomi ketika ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 6 Oktober 1972 – Perintah berkurung yang dikenakan di kawasan Matang-Batu Kawah di Bahagian Pertama Sarawak telah dilonggarkan kepada lapan jam mulai hari ini.
  • 6 Oktober 1974 – Kerajaan Filipina memutuskan untuk mengadakan hubungan diplomatik sepenuhnya dengan negara China dan Soviet Union.
  • 6 Oktober 1985 – Kaset naib juara pop artis 60-an, Jeffrydin yang baru diedarkan beberapa hari yang lalu telah laris sebanyak 10,000 unit di pasaran.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya