Komplot pengganas komunis dibongkar - Utusan Malaysia

Komplot pengganas komunis dibongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Oktober 1975, Utusan Malaysia melaporkan Pasukan Keselamatan Thailand telah berjaya membongkar satu komplot pengganas komunis untuk menyusup ke kampung-kampung dan bandar bagi mencetuskan sentimen dikalangan rakyat dengan niat untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.

Pasukan keselamatan telah menemui risalah dan dokumen yang dijumpai dalam dua buah khemah komunis dekat Betong di sempadan Malaysia-Thailand minggu lalu mendapati pengganas komunis telah menubuhkan pusat arahan dan pangkalan penting dekat Betong.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Oktober 1972 – Sebuah Jabatan Bantuan Guaman telah ditubuhkan dalam Biro Buruh MCA untuk menyediakan bantuan guaman percuma kepada ahli-ahli kesatuan sekerja berkaitan perusahaan dan buruh.
  • 15 Oktober 1973 – Sebuah kilang mengetin udang dan ikan akan dibina di Kuala Perlis tahun hadapan bertujuan untuk menambah pendapatan nelayan-nelayan di sini.
  • 15 Oktober 1977 – Kapal latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), K.D. Hang Tuah tiba di Pelabuhan Klang hari ini setelah melakukan pelayaran sulung selama dua bulan dari limbungan tentera laut di Portsmouth, England.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.