Kawasan minyak di Malaysia milik Petronas - Utusan Malaysia

Kawasan minyak di Malaysia milik Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Oktober 1974, Utusan Malaysia melaporkan semua kawasan yang dijumpai mengandungi minyak di negara ini akan dimiliki sepenuhnya oleh Petronas.

Pengerusi Petronas, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata, syarikat minyak yang akan meneroka sumber itu akan hanya menjadi kontraktor dan rundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri akan dilakukan untuk mendapatkan lesen mencarigali minyak secara ekslusif oleh Petronas.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 1 Oktober 1971 – Skim Insurans Bencana Pekerjaan yang mula berkuatkuasa di Johor Bahru tengah malam ini akan diperluaskan ke seluruh negara di 12 buah pusat lagi tahun hadapan.
  • 1 Oktober 1973 – Sebuah bank perniagaan yang baru, Asian International Merchant Bankers Berhad (AIMB) yang beroperasi di Kuala Lumpur memulakan urusan perniagaannya hari ini.
  • 1 Oktober 1984 – Malaysia mempunyai sebuah lagi penjara terbuka yang akan dibina di Tapah, Perak yang boleh menempatkan seramai 1,000 orang banduan dengan kos pembinaan sebanyak RM20 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.