Ramli Amat dan Rabuan Pit pelari terpantas - Utusan Malaysia

Ramli Amat dan Rabuan Pit pelari terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 September 1979, Utusan Malaysia melaporkan Ramli Amat dan Rabuan Pit mempunyai kepantasan masa terbaik di rantau ini dan boleh membantu Malaysia memenangi pingat emas dalam acara 200 meter di pertandingan olahraga Sukan SEA Ke-10 di Jakarta..

Ramli Amat mempunyai rekod peribadi 20.7 saat yang dicatatkan di Medan, sementara Rabuan Pit mempunyai masa terpantas musim ini iaitu 21.3 saat yang dicipta di Kejohanan Jemputan Asia di Jepun.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 September 1977 – Penyanyi Uji Rashid selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya, Jamaluddin Jalil dalam satu upacara pernikahan selepas solat tarawih di rumah Uji di Ampang Jaya malam tadi.
  • 4 September 1979 – Cogan kata ‘Jangan Berputus Asa‘ akan menggantikan cogan kata lama ‘Hidup atau Mati‘ untuk kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Jakarta hujung bulan ini.
  • 4 September 1982 – Jabatan Perdana Menteri akan menubuhkan Yayasan Pembangunan Wanita khusus bagi menyelaraskan kegiatan pertubuhan wanita di seluruh negara akhir tahun ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya