Penutupan kasino dan pusat perjudian - Utusan Malaysia

Penutupan kasino dan pusat perjudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 September 1982, Utusan Malaysia melaporkan jaminan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan akan memberikan pertimbangan teliti kepada semua implikasi dari langkah penutupan kasino dan lain-lain bentuk perjudian di negara ini.

Beliau turut mengesahkan Loteri Kebajikan, Empat Ekor dan bentuk-bentuk perjudian lain juga akan turut diharamkan, tetapi perkara tersebut akan dibuat satu persatu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 13 September 1975 – Kerajaan akan menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan “Yayasan Pulau Pinang” dengan tujuan utamanya membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk Melayu Pulau Pinang.
  • 13 September 1977 – 11 anak Malaysia berjaya memperoleh biasiswa Fullbright bagi melanjutkan pelajaran peringkat tinggi di Amerika Syarikat (AS) sumbangan Suruhanjaya Malaysia-Amerika Mengenai Penukaran Pelajaran (MACEE).
  • 13 September 1982 – Kerajaan Malaysia akan melakukan proses mengambil balik Bukit Carcosa yang sebelum ini menjadi tempat kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya