Rakyat diajak memahami konsep bangsa Malaysia moden - Utusan Malaysia

Rakyat diajak memahami konsep bangsa Malaysia moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Ogos 1983, Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak rakyat memupuk teras dan ciri-ciri bangsa Malaysia moden sesuai dengan aspirasi kebangsaan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan suku kaum yang berlainan.

Perdana Menteri turut menegaskan, rakyat perlu memahami konsep nasionalisme dengan ertikata yang lebih menyeluruh dan bukan sahaja dalam konteks untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 Ogos 1975 – Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab dan Pusat Latihan Harian mendesak Kementerian Pelajaran mengurangkan jumlah bilangan murid dalam sesebuah darjah kepada 30 orang sahaja.
  • 2 Ogos 1979 – Semua pejabat Pusat Biro Narkotik telah ditutup secara rasmi dan semua pegawainya kembali bertugas dalam pasukan polis, kata bekas pengarah biro tersebut, Datuk Mohamed Jarjis Ali.
  • 2 Ogos 1983 – Malaysia dan Indonesia akan menandatangani perjanjian bersama mengenai masalah pengiriman tenaga kerja ke Malaysia

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya