Pasukan bola sepak Malaysia tewaskan Amerika - Utusan Malaysia

Pasukan bola sepak Malaysia tewaskan Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Ogos 1972, Utusan Malaysia melaporkan beribu penonton menyaksikan bagaimana Malaysia mengalahkan Amerika Syarikat (AS) dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Stadium Ingolstadt, Jerman.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia berjaya menewaskan AS dengan 3-0. Pengurus pasukan, Datuk Harun Idris menganggap kemenangan itu membuktikan kualiti permainan Malaysia semakin meningkat tinggi di arena antarabangsa.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 31 Ogos 1971 – Rakyat Malaysia daripada apa keturunan kaum sekalipun perlu belajar menganggap diri mereka warganegara Malaysia dari awal hingga akhir dan sepanjang masa, kata Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin.
  • 31 Ogos 1974 – Dua kebakaran melibatkan kerugian harta benda bernilai RM1.2 juta berlaku dalam tempoh 24 jam di Cheras dan Kampung Paya, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
  • 31 Ogos 1983 – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) secara menukar nama Jalan Caunter Hall kepada Jalan P. Ramlee sempena mengenang jasa seniman agung negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya