Singapura cadang Selat Melaka kawasan bebas - Utusan Malaysia

Singapura cadang Selat Melaka kawasan bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Julai 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Singapura hari ini telah membuat cadangan di Persidangan Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menjadikan Selat Melaka sebagai kawasan pelayaran bebas.

Selat yang lebarnya 150 batu antara Pulau Sumatera, Indonesia dan Malaysia merupakan pintu masuk dan keluar kapal-kapal dari Singapura. Langkah Indonesia dan Malaysia untuk memperluaskan kawasan laut dari tiga hingga 12 batu, bererti bahawa selat tersebut milik mutlak kedua-dua negara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 Julai 1975 – Dewan Perlombongan Bumiputera Malaysia akan menjalankan usaha melombong bijih timah di kawasan seluas 100 ekar di Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
  • 10 Julai 1979 – Filem “Penagih Dadah” yang bercorak dokumentari arahan pengarah Mat Sentul telah mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat filem Melayu.
  • 10 Julai 1982 – Lebih 100 orang pelancong rakyat Thailand dan Filipina telah diusir keluar dari Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam kerana mencabuli Akta Imigresen dengan melibatkan diri dalam kegiatan pelacuran.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya