Malaysia bakal jadi pengeluar alat ganti kenderaan - Utusan Malaysia

Malaysia bakal jadi pengeluar alat ganti kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Julai 1979, Utusan Malaysia melaporkan negara akan memasuki perusahaan mengeluarkan bahagian-bahagian alat ganti kenderaan tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ini adalah sebagai satu langkah awal untuk membolehkan negara membangunkan industri kereta dan motor sendiri menjelang tahun 2000,”katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian menegaskan, Malaysia seharusnya tidak hanya memasang kenderaan, tetapi perlu menuju ke arah perusahaan mengeluarkan kenderaan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 22 Julai 1975 – Seniman Salleh Kamil yang terkenal dengan watak-watak jahat dalam filem lakonannya telah diberikan watak yang paling kejam dalam filem “Semerah Padi” dan “Sumpah Orang Minyak“.
  • 22 Julai 1982 – Para pengeluar getah Indonesia telah mula menjalankan dagangan di pasaran getah Malaysia dan satu kejayaan bagi Lembaga Pemasaran dan Pelesenan Getah Malaysia (MRELB) yang selama ini hanya berhubung dengan pengeluar tempatan.
  • 22 Julai 1985Misbun Sidek menebus kembali namanya yang kian menurun dengan merangkul kejuaraan Badminton Terbuka Benson and Hedges Malaysia menewaskan Micheal Kjeldsen dengan pukulan straight set (18-16) dan (15-3) di Stadium Negara malam tadi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya