Kapal angkasa Soyuz dan Apollo rosak di angkasa - Utusan Malaysia

Kapal angkasa Soyuz dan Apollo rosak di angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Julai 1975, Utusan Malaysia melaporkan kapal Soyuz yang dimiliki Soviet dan kapal Apollo oleh Amerika Syarikat (AS) mengalami kerosakan kecil semasa mengedari bumi semalam.

Angkasawan Soviet, Valery Kubasov dan Alexei Leonov menggunakan gunting dan pisau untuk cuba membaiki kerosakan dawai elektrik yang rosak pada salah sebuah kamera televisyen di dalam kapal tersebut yang tidak dapat menghantar gambar ke bumi manakala kapal Apollo pula terdapat kebocoran buih helium di dalam saluran tangki minyak kapal.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 17 Julai 1971 – Sebuah Pertubuhan Filem Pengembaraan Perancis, Connaissance Du Monde sedang membuat penggambaran sebuah filem rencana mengenai Malaysia sepanjang 90 minit.
  • 17 Julai 1972 – Kerajaan Sabah melancarkan rancangan percubaan menanam pokok jering seluas enam hektar di Pulau Labuan.
  • 17 Julai 1974 – Perkhidmatan ‘kereta bukit‘ di Batu Caves akan dimulakan secara rasmi pada 31 Ogos depan sempena perayaan Hari Kebangsaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya