Jepun beri pinjaman RM250 juta kepada Malaysia - Utusan Malaysia

Jepun beri pinjaman RM250 juta kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Julai 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberikan oleh Jepun akan digunakan untuk pembelian dua buah kapal pembawa minyak, melengkapkan limbungan kapal dan membina sebuah stesen janaelektrik.

Perdana Menteri berkata, pinjaman itu dipersetujui dalam pertemuan kali pertama beliau dengan Perdana Menteri Jepun, Kakuei Tanaka dalam majlis makan tengah hari di Tokyo sempena lawatan kerja tidak rasmi ke negara tersebut selama 90 minit hari ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 28 Julai 1971 – Kementerian Penerangan sedang mengambil langkah-langkah untuk meninggikan lagi mutu ‘alih bahasa’ (dubbing) filem-filem kata Menteri Penerangan, Tan Sri Ghazali Shafie.
  • 28 Julai 1972 – Malaysia akan melancarkan ‘operasi tubi’ terhadap Korea dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka Sabtu ini.
  • 28 Julai 1983 – Penyanyi bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak bercadang untuk merakamkan lagu-lagu popular dalam Bahasa Cina disamping Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.