'Blueprint' untuk tinggikan taraf hidup masyarakat India - Utusan Malaysia

‘Blueprint’ untuk tinggikan taraf hidup masyarakat India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Julai 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah ‘blueprint’ bertujuan meninggikan taraf hidup masyarakat India di negara ini menjelang tahun 1990 telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak oleh Kongres India Malaysia hari ini.

Presiden MIC, Tan Sri V. Manickavasagam yang juga Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat berkata, ‘blueprint’ ini dibuat dengan penuh pengetahuan dan setelah ditimbang dan dikaji dengan penuh semangat kesedaran serta keinsafan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Julai 1972 – Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili lebih 200,000 orang kakitangan kerajaan telah mendesak kerajaan supaya mengubah sistem bayaran gaji bulanan kepada dua minggu sekali untuk kakitangannya.
  • 8 Julai 1973 – Sebuah rakamkhanah RTM dan salah sebuah oditorium di Wisma Radio akan dinamakan sempena nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
  • 8 Julai 1974 – Poland mengalahkan Brazil 1-0 untuk menduduki tempat ketiga perlawanan Bola Sepak Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Munich malam tadi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya