Taat setia kepada negara - Utusan Malaysia

Taat setia kepada negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Jun 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Yang di-Pertuan Agong bertitah, orang-orang keturunan Cina yang telah mendapat kerakyatan mestilah meletakkan tumpuan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara ini sebagai rakyat Malaysia.

Seri Paduka Baginda mengingatkan bahawa kenyataan bersama Malaysia dangan Republik Rakyat China baru-baru ini jelas menyatakan keturunan Cina yang memilih kerakyatan negara ini dengan sendirinya luput hak kerakyatan China bagi diri mereka.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Jun 1971 – Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.52 juta untuk memperbesarkan dan membaiki lagi keadaan Stadium Merdeka yang ada sekarang.
  • 6 Jun 1972 – Jepun dijangka akan membeli nenas dalam tin Malaysia bernilai lebih RM20 juta setahun apabila negara itu melonggarkan dasarnya mengenai pembelian barang-barang luar negeri tidak lama lagi.
  • 6 Jun 1973 – Sebuah jet pejuang jenis Strike Master kepunyaan Tentera Udara Singapura telah jatuh terhempas di Kampung Jeronsong kira-kira 9 batu dari Jerantut, Pahang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.