Negara Islam perlu tubuh tabung ekonomi - Utusan Malaysia

Negara Islam perlu tubuh tabung ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Jun 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Luar Jordan, Tuan Zihair Almufti berkata, negara-negara Islam perlu menubuhkan tabung ekonomi untuk membantu negara yang menghadapi kesulitan.

Timbalan Menteri Luar Afghanistan, Tuan Wahid Abdullah berkata, negara-negara Islam yang kaya terutamanya negara pengeluar minyak perlu memainkan peranan penting dalam menubuhkan tabung bantuan ekonomi untuk menolong negara yang kurang bernasib baik.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 Jun 1973 – Lembaga Kemajuan Ikan Negara akan menguatkuasakan “sistem panggu” menggantikan “sistem lopan” bagi menjamin faedah lebih baik untuk 900 nelayan Pulau Pangkor.
  • 20 Jun 1974 – New Zealand mengenakan syarat kepada Pelajar Malaysia yang hendak memasuki universiti-universiti di negara itu, iaitu perlu fasih dalam Bahasa Malaysia.
  • 20 Jun 1975 – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak akan melaksanakan tiga lagi projek iaitu sebuah kompleks kelapa sawit berharga RM60 juta, pembinaan sebuah pekan di luar Ipoh dan perusahaan memecah batu di Daerah Dinding.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya