Malaysia iktiraf Bangladesh sebagai negara berdaulat - Utusan Malaysia

Malaysia iktiraf Bangladesh sebagai negara berdaulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Jun 1972, Utusan Malaysia melaporkan langkah Malaysia mengiktiraf Bangladesh sebagai sebuah negara berdaulat berjaya merintis 74 buah negara lain termasuk empat negara anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi pengiktirafan kepada negara itu.

Menteri Luar Bangladesh, Abdus Samad Azad menyatakan penghargaan tinggi negaranya kepada Malaysia sebagai negara pertama di rantau ini yang telah mengiktiraf Republik Bangladesh.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 Jun 1971 – Majalah “US News And World Report” berkata, sukar bagi negara-negara lain menandingi Malaysia dalam perkara mencari wang dan memelihara nilai mata wang.
  • 3 Jun 1973 – Menteri Perusahaan Utama, Datuk Taib Mahmud berkata, Malaysia sedang memajukan segera perusahaan minyaknya dan mungkin menimbangkan perkara menyertai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC).
  • 3 Jun 1974 – Jamaludin Mohamad, 52, yang juga seorang datuk kepada tujuh cucu telah terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Catur Sedunia kali ke-21 di Kota Nice, Perancis.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya