Tun Ghafar Baba pemangku Perdana Menteri. - Utusan Malaysia

Tun Ghafar Baba pemangku Perdana Menteri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 April 1975, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tun Ghafar Baba akan memangku jawatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar di Seri Taman sebelum berlepas melakukan lawatan rasmi ke Sweden dan Perancis.

Pelantikan Ghafar sebagai pemangku dilakukan kerana Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn uzur.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 13 April 1976 – Daripada 15,735 orang menunaikan haji pada 1975, seramai 518 orang meninggal dunia dengan 80 peratus
    disebabkan penyakit paru-paru.
  • 13 April 1977 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada warganegara Malaysia yang berhijrah ke luar
    negeri sama ada pulang ke Malaysia atau kerakyatan mereka dilucutkan.
  • 13 April 1983 – Penyanyi Indonesia, S. Effendi yang terkenal dengan lagu “Seroja” meninggal dunia akibat sakit jantung di Jakarta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya