Tun Mahathir - Thatcher bertemu di Downing Street - Utusan Malaysia

Tun Mahathir – Thatcher bertemu di Downing Street

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Mac 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengunjungi Perdana Menteri British Puan Margaret Thatcher setibanya di London dari New Delhi.

Kedua-dua pemimpin itu memberi peluang kepada jurugambar membuat rakaman sebelum mereka masuk ke bilik makan di Nombor 10 Downing Street. Lawatan Dr. Mahathir itu mendapat perhatian akhbar berikutan hubungan dingin antara Malaysia dan Britain sebelum ini. Salah satu darinya berpunca dari Dasar Pandang Ke Timur yang menyebabkan ahli-ahli perusahaan British mengalami kerugian

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Mac 1969 – Rakyat Kelantan bergembira menyambut perkahwinan Diraja antara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Ismail Putra dengan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
  • 11 Mac 1971 – Menteri Muda Dalam Negeri. En. Mohammad Yaakob memberitahu 2,331 orang sedang dikenakan tahanan di seluruh Malaysia.
  • 11 Mac 1985 – Kelab profesional, Rapid Vienna dari Austria mengesahkan mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka Ke-29 pada 17 Julai – 5 Ogos ini

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.