Tun M: Asia Tenggara bukan lagi lombong emas - Utusan Malaysia

Tun M: Asia Tenggara bukan lagi lombong emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Mac 1983, Utusan Malaysia melaporkan penegasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa rakyat di rantau ASEAN tidak lagi mahu tanah air mereka menjadi “ladang atau lombong emas” kepada Eropah atau mana-mana pihak lain di dunia ini.

Berucap merasmikan persidangan perusahaan ASEAN-EEC di Kuala Lumpur, Dr. Mahathir berkata, untuk mendapatkan faedah daripada kekayaan ASEAN, para pengilang Barat perlu juga bersedia menyalurkan apa sahaja seperti pengetahuan teknologi, modal, kemahiran pengurusan dan pemasaran kepada negara-negara ASEAN.

Antara peristiwa menarik lain

  • 1 Mac 1968 – Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin menandatanganni perjanjian pinjaman berjumlah RM12.1 juta dengan Denmark
    untuk melaksanakan rancangan pembangunan di Malaysia.
  • 1 Mac 1974 – R. Azmi (Raja Azmi Raja Embah). penyanyi yang popular dengn lagu “Hitam Manis” meninggal dunia di Hospital
    Kelang akibat penyakit lelah pada usia 51 tahun.
  • 1 Mac 1980 – Perdana Menteri Thailand, Kriangsak Chomanan mengumumkan perletakan jawatan selepas memerintah selama 27 bulan
    akibat tekanan politik dan ekonomi yang semakin memuncak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya