Pesanan terakhir Tunku Abdul Rahman - Utusan Malaysia

Pesanan terakhir Tunku Abdul Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Januari 1971, Utusan Malaysia melaporkan dalam pesanan terakhirnya sebagai Yang Dipertua UMNO, Tunku Abdul Rahman meminta parti itu berusaha untuk memperkukuhkan lagi Perikatan.

Dalam ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-22 di Hotel Merlin, Tunku menyatakan kesalnya kerana sesetengah orang telah menimbulkan “order baru dan order lama” dalam UMNO yang boleh memecahbelahkan parti.

Selain itu Tunku juga berkata, tidak ada gunanya anggota Perikatan mengungkit dan menyalahkan sesama sendiri.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 Januari 1968 – Rusia memesan antara 18,000 hingga 20,000 tan getah terus dari Malaysia
  • 24 Januari 1969 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menyatakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dilengkapi persenjataan untuk strategi menyerang dan bukannya bertahan seperti sebelum ini
  • 24 Januari 1982 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengesahkan kerajaan telah menandatangani pembelian 51 buah kereta kebal jenis Scorpion dan kereta perisai pengangkut dari British

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.