fbpx

Hari pertama Tun Hussein Onn di pejabat Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Januari 1976, Utusan Malaysia melaporkan Tun Hussein Onn mengadakan beberapa rundingan peringkat tinggi untuk mengkaji keadaan pada hari pertama beliau bekerja sepenuh hari di pejabat sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri memulakan tugasannya dengan bermesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Kadir Shamsuddin dan lain-lain Pegawai Kanan Jabatan Perdana Menteri. Tun juga mengadakan perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional dan UMNO manakala pada sebelah petangnya, beliau berunding dengan penasihat politik dan pembantunya untuk mengkaji keadaan politik negara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 Januari 1969 
    Kerajaan Melaka memerlukan lebih RM70 juta untuk projek pembangunan bagi menampung kesan dari pengunduran Tentera Komanwel dari Kem Terendak pada 1971.
  • 20 Januari 1973 
    Menteri Besar Kedah, Datuk Syed Ahmad Shahabuddin berkata tiga Rancangan Tanah Pinggir akan dibuka di Pulau Langkawi melibatkan kawasan seluas 1,214 hektar.
  • 20 Januari 1978 
    Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Yaacob Latiff memberitahu pelan induk baru Wilayah Persekutuan seluas 243 km persegi juga melibatkan Selangor sedang dirancang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

POPULAR

KOSMO! TERKINI