Kabinet Tun Razak dialu-alukan - Utusan Malaysia

Kabinet Tun Razak dialu-alukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Disember 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan semua pihak termasuk parti-parti politik, pertubuhan pelajar dan pergerakan wanita sepakat mengalu-alukan susunan baharu kabinet Kerajaan Pusat (Perikatan-PAS) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak semalam.

Selaras dengan usaha melahirkan gagasan “Front Nasional“, dua muka baharu dilantik, iaitu Yang Dipertua Agung PAS, Tan Sri Dato’ Mohd Asri Hj Muda selaku Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas dan Senator Aishah Ghani sebagai Menteri Kebajikan Am.

Antara peristiwa lain yang menarik

30 Disember 1969 – Kerajaan Pahang dijangka mempunyai wang berlebihan sebanyak RM35.3 juta pada akhir tahun ini berbanding RM32.3 juta pada 1968 dan RM25.7juta (1967).

30 Disember 1970 – Pantai Timur masih dalam bahaya banjir dimana ribut dan hujan dijangka berlaku dan mungkin lebat dalam masa 24 jam mulai petang ini.

30 Disember 1977 – Pengarah M. Amin sedang membuat penggambaran filem dokumentari bertajuk “Rancangan tanam semula RISDA”

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya