Bimbang kes seludup barang China di Tambak Johor meningkat - Utusan Malaysia

Bimbang kes seludup barang China di Tambak Johor meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 25 Oktober 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan mengenai kebimbangan dalam kalangan ahli-ahli perniagaan di Johor Bharu terhadap peningkatan kegiatan penyeludupan ke atas barangan buatan China dari Singapura berikutan dengan pemeriksaan ketat Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di Tambak Johor.

Dengan langkah itu, pengimport barang buatan China tidak boleh lagi membawa masuk barang-barang mereka kecuali mereka yang mempunyai lesen khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 25 Oktober 1974
    Perdana Menteri Tun Abdul Razak merasmikan pembukaan Hotel Regent berharga RM34 juta di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
  • 25 Oktober 1975
    Menteri Pelajaran Tun Dr Mahathir berkata semua pelajar Malaysia yang akan menuntut
    di luar negeri di masa hadapan akan dikehendaki mendaftar dengan Kementerian Pelajaran.
  • 25 Oktober 1979
    Malaysia – Thailand mencapai persetujuan memberi keutamaan melaksanakan lima projek pertanian, termasuk usahasama dalam bidang penangkapan ikan di laut dalam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya