fbpx

23 September 2021, 7:27 am

  TERKINI

Piket 789 hari berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 15 September 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Johor menyatakan piket selama 789 hari oleh para pekerja Kilang Kasut Nanyang di Jalan Yahya Awal, Johor Bharu, bukan memperjuangkan kepentingan pekerja sebaliknya memberi sokongan gerakan bawah tanah.

Piket yang diadakan di kawasan luar kilang tersebut berakhir apabila Pejabat Tanah dan Galian Johor bertindak merobohkan pondok-pondok tempat tinggal pekerja yang berpiket selama tempoh itu.

Kilang kasut yang mempunyai pekerja seramai 497 orang itu telah ditutup pada Julai 1973 setelah pekerjanya melancarkan mogok.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 15 September 1968
    Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mengumumkan “Peperiksaan Senior Cambridge” akan dimansuhkan mulai tahun 1970.
  • 15 September 1971
    Jambatan baharu menyeberang Sungai Semantan di Songsang berharga RM500,000 menghubungkan bandar Temerloh dan Jerantut akan dibina pada bulan depan.
  • 15 September 1977
    Sultanah Johor, Ungku Tun Aminah Almarhum Ungku Ahmad mangkat di hospital Johor Bharu pada jam 10.17 pagi pada usia 72 tahun.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN