Maharaja Habshah digulingkan - Utusan Malaysia

Maharaja Habshah digulingkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 13 September 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Maharaja Haile Selassie, 82, telah digulingkan daripada takhta Kerajaan Habshah secara aman.

Beliau yang dikenali sebagai “Singa Judah” ditahan di istananya yang telah dirampas oleh Jawatankuasa Angkatan Tentera Habshah dan dinamakan Istana Negara. Sumber Kedutaan Amerika memberitahu askar-askar telah dikerah mengawal tempat-tempat penting di Addis Ababa.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 13 September 1964
    Pengarah Jamil Sulong sedang menyelenggara filem terbarunya “Bidasari” yang dipadankan daripada cerita bangsawan di Studio A, Jalan Ampas, Singapura.
  • 13 September 1973
    Sebanyak RM21 juta sedang diusahakan oleh Menteri Kerja Raya dan Tenaga untuk pembinaan lima buah jambatan menggantikan perkhidmatan feri iaitu di Temerloh, Endau, Kuala Selangor, Kuala Rompin dan Krian.
  • 13 September 1979
    Pemilik syarikat Hijjas Kasturi and Associates, Hijjas Kasturi, 43, menggondol tempat pertama dalam peraduan rekabentuk Bangunan Malayan Banking yang akan dibina di Bukit Mahkamah, Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya