Sekolah berasrama penuh dalam RMK-3 - Utusan Malaysia

Sekolah berasrama penuh dalam RMK-3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 4 Ogos 1975, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein berkata, kerajaan akan membina tujuh buah lagi sekolah berasrama penuh di semenanjung di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3), menjadikan 27 kesemuanya dengan 23,000 orang pelajar.

Menurut beliau, daripada jumlah itu dianggarkan lebih 4,000 pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi setiap tahun.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 4 Ogos 1971
    China tolak cadangan Amerika Syarikat untuk mengadakan Sidang Geneva bagi membincangkan krisis Indo-China.
  • 4 Ogos 1979
    Kira-kira 30 peratus permit AP kepada bumiputera untuk mengimport kenderaan bermotor dijual kepada kaum lain setelah AP berada di tangan pemohon.
  • 4 Ogos 1984
    Nordin Jadi yang mencatat rekod terpantas 46.59 saat diletakkan dalam saringan kedua daripada 10 saringan dalam acara 400 meter Sukan Olimpik Los Angeles.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.